RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

11/09/2015

. Diari Seorang Mama Part 2 ( first leaking )

Konon nak update second part hari tu. Tapi ada dugaan yang Allah bagi yang mencuri masa dan keadaan aku nak coretkan semua tu. Dugaan apa nanti aku cerita kat Part 3 la. Tapi yang friend kat FB aku memang tau la.

Ni aku update via android. Tak biasa pula. Sob sob.

Sambung cerita. Last entry aku ada cakap aku diduga dengan ujian yang buat aku terduduk. Tapi ujian yang aku tengah hadapi sekarang lagiiiii buat aku terduduk. Bukan aku je. Tapi kesan dia pada orang sekeliling aku jugak. Nanti aku cerita next part okeh.

Masa 14 weeks. Ye, kejadian ni masa kandungan aku 3 bulan. Sangat awal. Kecik je lagi haaa anak aku nih. Masa tu hari JUMAAT 8/5/2015. dalam kul 11.30 lebih macam tu. Aku kat rumah sorang-sorang.husband keje la. Aku bangun nak pergi toilet.

Tiba-tiba...

Srushhhhh... menderu air keluar. Aku dah cuak. Takkan aku kencing kot? Tak masuk akal. Kalo tak tahan sekalipon paling tidak setitik je keluar. Ni tetibe keluar habis lantai. Aku tengok dan hidu bau air tu. Lain macam. Naluri aku terus zass fikir. AIR KETUBAN ! Tapi aku kawal emosi dulu. Aku google dulu. Dari google cakap sama ada keputihan or air ketuban. Aku terus call husband.

Ok kelakar. Lelaki.normal la.haha.dia bukan tau apa.boleh cakap tunggu petang la dia habis keje. Aku ni geram jugak. Sebab risau kan. Tapi tak sampai 5 minit letak fon,dia call balik suruh siap dia balik bawak pegi klinik.sebabnya dia tanye akak ofis dia pastu akak tu cakap jangan lengah-lengah takut betul-betul air ketuban. Haaa. Tahu pon. Haha.

Tepat pukul 1 petang dia sampai rumah,bawak aku pegi klinik sofea.klinik yang biasa aku pegi tu la. Tapi dia tinggalkan aku kat klinik tu. Sebab nak g solat jumaat. Sampai je aku masuk doktor scan tengok memang air ketuban minima sangat. Terus doktor buat surat refer ke hospital putrajaya. Habis check aku tunggu poji habis solat jumaat dulu.dalam 2.45 dia sampai terus pergi hospital.sampai sana kecemasan tolak pegi wad bersalin. Doktor check kot bawah.

Fuh. Sebelum tu masa aku google memang ada baca dah pasal alat yang doktor pakai nak check kot bawah tu. Nama alat tu speculum. Aku panggil muncung itik. Haha. Senak weh perut aku. Doktor check memang air ketuban leaking. Tapi takde bukaan apa-apa. Doktor letak dalam kategori threatenes misscarriage. Masa tu agak down. Sebab baru 3 bulan. Jadi memang 50-50. Tapi aku percaya dengan kuasa Allah. Doktor boleh bagi andaian. Tapi Allah yang tentukan.

Terus aku kena admit ward 4 hari 3 malam kat pusat bersalin berisiko rendah. Korang boleh google. Nasib baik la wad tu best. Haha. Makanan pon sedap. Angah cakap wad first class. 😊. Setiap hari diorang pantau kot ada leaking lagi. Nasib baik tak de dah. Pas 4 hari dah boleh discaj. Balik tu memang bedrest je manjang. Tapi setiap 2 minggu aku kena pergi hospital untuk follow up. Dan setiap kali follow jugak le aku kena masuk muncung itik tu sampai dah tak rase ape.huwahahahha

Jadinya baby aku membesar dengan air ketuban yang tahap minima sangat. Tapi setiap hari aku usaha macam-macam bagi air ketuban tambah. Pujuk anak aku mintak dia kencing, makan tembikai,minum air banyak-banyak.huhu. macam-macam la aku buat.

Oh ye,punca aku leaking sebab aku ada kuman GBS positive. Korang boleh google. Jadi aku kena on antibiotik 10 hari. Mula-mula dia bagi yang dos 500mg kot. Memang anak aku takleh terima. Makan je muntah teruk sampai 2 kali aku kena masuk air. Pastu aku stop mintak hospital tukar.diorang bagi yang rendah sikit. Nasib baik ok.

Setiap 2 minggu aku scan,air ketuban takde perubahan. Tak bertambah. Ada satu waktu jantung baby lemah.Allah. takut aku. Tapi aku tenangkan diri. Sampaila lepas raya. 28/7. 2 minggu sebelum raya aku scan air ketuban minima lagi. Tapi..

Alhamdulillah, 28/7 tu aku scan air ketuban dah normal balik. Siap nampak jantina. Haha. Kebetulan pulak husband pon ada masa tu.senyum lebar dia.

Tapi..tu tak lama..

Ada something happened one week after...next entry aku cerita...doakan yang baik-baik untuk aku dan anak aku ye....


1 comment:

  1. Kuat sungguh Yana melalaui dugaan Allah.. semoga sentiasa kuat dan bersemangat..

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork